Sebelum Rasulullah Saw berdagang dengan membawa dagangn Khadijah, Beliau pernah bekerja sebagai pengembala domba/kambing. Sehinggalah pada suatu hari, Abu Talib berkata kepada Nabi Muhammad Saw:
"Khadijah Putri Khuwailid termasuk orang kaya di kalangan Quraisy. Kegiatan perdagangannya sampai ke Mesir dan Ethiopia.Beliau kini sedang mencari seorang yang jujur dan amanah untuk melaksanakan usaha dagangnya itu, yaitu membawa barang dagangannya dalam satu kafilah Quraisy untuk di dagangkan di Syam (Syria).Wahai Muhammad, alangkah bagusnya jika kau melamar pekerjaan ini dari wanita itu?"
Akan tetapi Nabi Muhammad Saw tidak langsung melamar pekerjaan yang di kasih tahu pamanNya tersebut. Walaupun pada dasarnya Baginda Saw setuju dengan usulan paman Beliau. Ini di sebabkan Baginda Saw belum pernah kenalan dengan Khadijah.
Walaupun Baginda Saw belum kenal dengan Khadijah, sebaliknya Khadijah sudah pernah mendengar tentang kejujuran Baginda Saw. Akhirnya Khadijah mengutus seorang wakilnya untuk menemui Baginda Saw dan menyampaikan pesan yang berbunyi :
"Saya begitu menghormati tuan atas kelurusan, kejujuran dan keunggulan akhlak peribadi yang tuan miliki. Oleh itu, jika barang dagangan saya dalam urusan tuan, maka saya akan memberikan upah dua kali lipat banyaknya dari yang biasa saya beri kepada orang lain. Di samping saya akan memberi kepada tuan dua budak suruhan yang akan membantu dan menuruti apa juga arahan yang tuan berikan kepada mereka," pesan Khadijah.
Seperti biasanya, Nabi Muhammad Saw tidak langsung menerima tawaran tersebut, akan tetapi meminta pendapat dan nasehat dari pamannya Abu Thalib. Lalu Abu Talib berkata: "Tawaran ini merupakan sumber nafkah yang Allah SWT limpahkan kepadamu wahai Muhammad, terimalah dan laksanakanlah amanah ini dengan jujur dan amanah. Semoga Allah memberkati perjalanan dan urusanmu."
Nabi Muhammad menyatakan persetujuan menerima tawaran dari Khadijah dan tanpa membuang waktu Nabi Saw bergegas untuk membantu wanita itu. Baginda Saw mengetuai sebuah kafilah barang-barang dagangan milik Khadijah untuk dibawa berdagang ke negeri Syam. Bersama Baginda ikut dua orang budak suruhan seperti yang dijanjikan oleh Khadijah.
Baginda Saw tidak sekadar membawa dagangan milik Khadijah supaya selamat sepanjang perjalanan ke Syria untuk didagangkan, tetapi Baginda juga perlu mendagangkan barang dagangan itu seperti yang diamanahkan oleh Khadijah.
Akirnya Baginda Saw selamat sampai di Syria, setelah habis dagangan Baginda Saw, Baginda Saw pulang kembali ke Mekah dengan membawa hasil yang menguntungkan. Namun keuntungan yang diperoleh oleh Baginda Saw sendiri adalah lebih menguntungkan dibanding dengan saudagar-saudagar yang mengikuti rombongan baginda itu.
Semasa kafilah itu berada tidak jauh dari Mekah, budak suruhan yang bernama Maisarah menyarankan kepada Nabi Muhammad supaya baginda memasuki Kota Mekah lebih dahulu dari mereka.
"Alangkah baiknya jika tuan memasuki Mekah mendahului kami dan segera sampaikan kepada Khadijah mengenai perdagangan dan keuntungan besar yang kita perolehi dari Syam ini. Tentu beliau gembira dan tuan sendiri akan sentiasa menjadi orang kepercayaan Khadijah setiap kali untuk berniaga jauh dari Kota Mekah, tuan juga yang mendapat untung," kata Maisarah.
Baginda tidak bermasalah untuk menerima saran Maisarah itu. Dengan segera baginda ke Mekah semata-mata untuk menemui Khadijah. Di Kota Mekah, Khadijah turun dari kamarnya menemui Baginda Saw yang beliau kenali datang hendak menemui beliau dengan hati penuh berdebar.
Khadijah segera bertanya kepada Baginda Saw tentang berita yang akan disampaikan kepadanya.
Walaupun ini merupakan kali pertama Baginda bertemu Khadijah secara tatap muka, baginda menyampaikan kabar gembira mengenai barang dagangan milik Khadijah yang laris dalam perniagaan di Syam.
Tidak lama kemudian Maisarah pun tiba dan terus menyertai pertemuan antara Khadijah dan Nabi Muhammad Saw itu dan tanpa sabar Maisarah pun bercerita kepada Khadijah. Maisarah menceritakan kepada Khadijah pengalaman sepanjang jalan Maisarah menjadi budak Nabi Muhammad Saw, termasuk apa yang berlaku dan dilihat sepanjang perjalanan dagangan itu.
Khadijah diberitahu mengenai Rasulullah Saw mempunyai peribadi yang menarik, akhlak yang mulia, pikiran yang tajam, tutur kata yang benar, sangat amanah dan bijak dalam berurusan dengan para pedagang dan pelanggan-pelanggan. Oleh karena baginda hanya menonjolkan yang terbaik, termasuk tidak pernah meninggikan suara dan bernada tinggi menyebabkan ramai yang menyukai dan gemar berurusan dengannya.
Di masa lain, Maisarah juga menceritakan Khadijah bagaimana Rasulullah Saw juga pernah berselisih faham dengan seorang pedagang yang lain yang hendak bersumpah demi berhala Latta dan Uzza. Tetapi Nabi Muhammad menjawab:
"Saya menganggap Latta dan Uzza yang tuan sembah itu sebagai benda-benda yang paling buruk dan nista di muka bumi ini! Ini menyebabkan pedagang itu terdiam dan tidak lagi hendak bertelagah dengan Muhammad," kata Maisarah.
Maisarah juga bercerita mengenai pengalaman mereka ketika berhenti istirahat di Busra. Ini adalah kisah yang mempunyai persamaan seperti yang berlaku ketika baginda mengikuti rombongan dagangan pamannya, Abu Talib dahulu.
Tetapi diceritakan kali ini, di Busra yaitu ketika al Amin (gelaran kepada Nabi) duduk istirahat di bawah pohon dan tanpa disadari perlakuan baginda diperhatikan oleh seorang pendeta atau rahib Nasrani yang keluar dari biaranya. Rahib itu kemudian bertanya kepada Maisarah sendiri mengenai Nabi Muhammad yang sedang istirahat itu.
Lalu Rahib itu berkata: "Pemuda yang sedang duduk di bawah naungan pohon itu adalah Nabi, yang mengenainya telah saya baca di dalam kitab Talmud (Taurat) dan Injil".
Segala kisah yang diceritakan oleh Maisarah ini benar-benar menjadikan Khadijah seperti dikuasai oleh kuasa magis atau terpukau. Khadijah benar-benar amat tertarik kepada Nabi Muhammad Saw. Sehinggakan Khadijah meminta supaya Maisarah berhenti dari menceritakan mengenai Muhammad Saw.
"Maisarah, Maisarah cukuplah, cukuplah! Engkau telah melipat gandakan perhatian saya terhadap Muhammad. Sekarang saya bebaskan engkau dan isterimu dari menjadi hamba saya lagi. Untuk itu juga saya hadiahkan sebanyak 200 dirham, dua ekor kuda dan sepasang baju yang mahal," kata Khadijah.
Sahabat bacaan madani yang dirahmati Allah Swt. Akhirnya Maisarah dan isterinya bebas dari budak atau hamba sahaya di sebabkan menceritakan kisah Nabi Muhammad.
Demikianlah sahabat bacaan madani kisah awal pertemuan Nabi Saw dengan Khadijah. Dengan kejujuran dan tanggung jawab Nabi Muhammad Saw. Khadijah pun tertarik dengan Nabi Muhammad Saw.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.